Sunday 20 October 2013

Mitos Mengenai Makanan

Salam,

Tentu korang pernah dengar tentang mitos-mitos yang membuatkan korang mengubah diet pemakanan korang. Dan mitos-mitos ni kadang-kadang turut dipercayai oleh bebudak kelas aku. Aku pun kadang-kadang malas jugak nak kaji betul-betul di atas sebab busy (lah sangat) dan terus mengamalkannya tanpa rasa prejudis lagi. Jom cekidaut ape mitos-mitos common yang selalu kita dengar.

1. "Telur tak baik untuk jantung"

Hakikatnya : Walaupun sebiji telur besar ada kandungan kolestrol yang banyak iaitu kira-kira 211mg, namun perosak jantung sebenar ialah lemak tepu dan trans fat. Ini kerana, kolesterol pada asalnya dihasilkan oleh badan kita secara automatik, namun jika korang dah consume kolesterol, badan juga akan stop the production of kolesterol secara automatik berbanding lemak-lemak ni yang tiada sapa mengawalnya kecuali mulut anda. For the record, telur hanya mengandungi 2g of saturated fat dan 0g of trans fat. Namun berpada-padalah makan telur, sebiji besar sehari cukup. Share-share pun boleh.

2. "Karbohidrat itu menggemukkan"

Hakikatnya : Ni lebih kurang macam Atkins' Diet laa. Tak dinafikan refined-carb and sugary foods boleh menyebabkan penyakit jantung dan diabetes. Tapi untuk kes whole grain a.k.a good carbs ni kalau tidak dimakan jugak anda terlepas salah satu punca utama tenaga,nutrient dan fiber untuk badan. Bagi orang normal juga disarankan utk mengambil 60% dari total kcal dari kategori karbohidrat. Kajian juga mendapati orang yang amalkan diet tak makan carbo ni memang turun berat badan awalnya sebab dah tak banyak pilihan makanan namun akan bertambah berat bila dah relapse. Walaubagaimanapun, jika anda seorang yang takleh nak kawal nafsu bila melantak carbo nasi tak sah kalau tak baham 3 pinggan sekali makan, diet ni boleh dilaksanakan apa-apa pun jangan paksa diri ikut kemampuan jugak. Sama la macam penggunaan certain-certain produk kesihatan misalnya, jika anda rasa anda mampu nak ikut regime yang disarankan ikut produk tu then go on. Kalau tak, pilihlah makanan sihat anda sendiri yang ada banyak pilihan so don't worry :)

3. "Makan lewat malam itu menggemukkan"

Hakikatnya : Dr. John Foreyt habaq mai kan hangpa suma "Kalori tu tetap kalori, lantak pi hangpa dok telan pagi ka malam ka, apa yang penting nilai kalori tu bak hang". Oh ya, Dr. tu bukan orang Utara..

4. "Microwave menghilangkan nutrien makanan"

Hakikatnya : Kehilangan nutrien adalah berpunca dari tempoh masa dan tahap kepanasan sewaktu memasak. Lagi-lagi nutrien yang sensitive terhadap heat seperti Vitamin B1 (Thiamin) dan Vitamin C. Bahkan penggunaan microwave mungkin lagi kurang hilang nutrient sebab masak lebih sekejap dan suhu boleh dikawal.

5. "Food cravings disebabkan kekurangan sesuatu nutrient"



Hakikatnya : Pernah tengok gambarajah diatas? Menurut Dr. Maria Pelchat, food cravings biasanya melibatkan nafsu semata-mata dan selalu terjadi bila diet korang membosankan dan takde kena mengena dengan kekurangan nutrient. Walaubagaimanapun, ada satu nutrient ni bila kurang body kita akan craving for inedible stuff also known as 'pica'. Nutrient itu adalah Iron! No valid reason for this situation tapi ianya terbukti bila kita tengok perempuan mengandung yang mengidam nak makan mende pelik-pelik dan golongan ini jugak biasanya doktor akan selalu bagi pill yang ada kandungan iron yang tinggi.

Boleh baca dengan lebih lanjut disini : 13 Biggest Nutrition Myths

Sebenarnya banyak lagi mitos-mitos berkenaan diet dan pemakanan yang kalau kita peratikan sebenarnya ramai orang percaya dan amalkan secara serius. Tapi, takde siapa yang cakap bidang pemakanan ni mudah sebab ianya sangat meluas. Since our foods are evolving, so does their facts.

No comments:

Post a Comment