Thursday 17 October 2013

Diet Rasulullah Sebenar?

Salam,
Sempena Jumaat penghulu segala hari ni aku nak post something yang Islamik berkenaan diet. Umum dah heboh kat Fb dan seluruh internet tentang Diet Rasulullah SAW yang takleh combine Telur + Susu, Daging + Ikan seperti yang tertera di gambar bawah ni :


Wait.. nampak tak apa yang pelik disitu? Tak disediakan sumber dalil yang soheh. Jadi kepada semua pembaca sebelum sebar atau share gambar atau info apa-apa, make sure ada disertakan sekurangkan sumber dalil yang soheh. Kalau takde, info itu dimusykili tak betul. Dan kalau kita cek rupanya memang tak betul pun gambar ni. Untuk lebih info boleh baca kat sini. Kalau aku nak tulis lebih-lebih pun aku tak berkelayakan seperti penulis nih. Haa baca-baca, jangan malas baca sebab ramai yang tersalah info pasal mende ni termasuk budak-budak diet lain disebabkan tak kaji betul-betul sumber sahih sesuatu info tu..

Jadi, apa sebenarnya Diet Rasulullah SAW? Haa.. boleh tengok gambar yang ni pulak..



So, kat sini dapat kita simpulkan secara umum bahawasanya Nabi Muhammad SAW :

1. Tidak merungut tentang makanannya sebab ia juga rezeki dari Allah
2. Berlapar (Puasa, perlu diingatkan Nabi puasa sebab nak improve kesihatan bukan nak kurus saje)
3. Tidak makan banyak (sebab share makanan dan guna tiga jari)
Luqman al-Hakim juga mengatakan jika kita makan banyak boleh menyebabkan mati ilmu (otak lembab)
4. Makan makanan yang pelbagai.. ada gandum, buah, daging, dan dairy products

p/s : I like cheese too <3 Allahumma solli ala Muhammad!

Sumber gambar : MedikTV dan Quran Weekly

No comments:

Post a Comment