Saturday 26 October 2013

Gula, Diabetes & Bajet

Salam,

Baru-baru ini umum dah mengetahui tentang Bejat Malaysia 2014 yang telah dibentangkan dan salah satu pengumuman yang mendapat perhatian masyarakat Malaysia adalah berkenaan pemansuhan subsidi gula yang diberikan kerajaan selama ini atas dasar ingin mengurangkan kadar pesakit Diabetes di Malaysia.
                                                                         
                                                                                   
Let be honest, langkah tetap langkah. Memang tak dinafikan ianya merupakan satu langkah untuk mencegah Diabetes tapi truthfully bagi aku langkah ini letaknya di nombor yang hujung sekali. Ini kerana, secara yang kita tahu dengan kenaikan harga gula ni automatik harga barang-barang makanan dan minuman di gerai-gerai ataupun restoran akan naik! Bukan itu sahaja, malah mungkin dengan kenaikan ini makanan lain yang takde kaitan dengan gula pun boleh dinaikkan oleh golongan-golongan cekik darah ni.

Ok, kenapa aku cakap langkah ini patut berada di tangga terbawah sekali? Sebab aku rasa langkah ini jika diambil sekarang mungkin beri impak 1% sahaja kepada permasalahan Diabetes. Bukti? Rokok. Cukai rokok makin bertambah harga makin mahal. Iklan TAK NAK perabis duit berjuta-juta tapi? Perokok tegar bertambah ramai terutamanya golongan remaja merokok tidak ketinggalan makin ramai. Pokoknya sekarang, kita perlukan pelan program intervensi yang benar-benar teratur agar duit bajet tu digunakan sebaiknya untuk kebajikan rakyat.Bagi golongan pelajar seperti aku yang tahu serba sedikit mengenai permasalahan Diabetes ni mungkin boleh nampak motif langkah mengurangkan subsidi ini.Tapi, bagi golongan marhaen, mereka hanya melihat langkah ini sebagai menyusahkan. Tanpa pendidikan dan kesedaran yang jitu mereka akan terus menganggap ini sebagai cabaran baru dan terus membeli gula dan makan diluar kawalan. Ataupun, mereka mencari alternatif lain seperti membeli air minuman berkarbonat dan kordial di kedai runcit 1Malaysia. Eh? Setelkah masalah?

Dalam berita,
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131027/dn_13/Pemansuhan-subsidi-gula-bakal-ubah-cara-pemakanan
Harapan Menteri sangat tinggi... sangat! Ini kerana bagi aku nutrition and lifestyle intervention perlu dilakukan secara 'direct approach' bukan indirect macamni. Dan kalau pun dilakukan secara direct approach ianya bukan lah sesuatu yang mudah untuk dicapai.

Dalam satu berita lain,
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131027/dn_10/Setuju-subsidi-gula-dimansuh
Meh aku nak quote :
Tambah Saharuddin, pengguna tidak perlu bimbang sekiranya pemansuhan subsidi akan membebankan mereka memandangkan kerajaan telah menambah nilai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Nampak tak permainan dia? Betul ikhlas ke nak bagi rakyat Malaysia sihat tanak bagi makan gula banyak-banyak?

Mungkin aku bukan ahli politik, tapi kita sentiasa boleh mengambil inspirasi dari pelaksanaan kerajaan negara lain. Sebagai contoh aku ambik beberapa langkah kerajaan Australia dalam membendung masalah Diabetes di negara mereka. Antara langkah yang diambil ialah :

1. Mengadakan self-management education & support program bagi golongan yang baru diagnosed as Diabetic, pengguna insulin, remaja, orang tua dan penjaga mereka

2. Kesemua pesakit Diabetes di Malaysia mesti mampu untuk membeli ubatan dan mendapat rawatan dengan harga yang berpatutan dan mudah untuk didapati.

3. Mengurangkan pasaran dan promosi bagi makanan yang tidak sihat. Memudahkan capaian terhadap air dan makanan yang sihat.

4. Memberi insentif untuk kenderaan yang aktif seperti berjalan dan berbasikal.

5. Train and maintain national prevention workforce of health professionals.

6. Bagi kaum asli di Australia, meningkatkan availability, affordability makanan yang segar dan sihat. Mengurangkan availability minuman yang manis dan makanan yang diproses.

Yang aku list ni sebenarnya baru sebahagian dari action plan diorang. Kalau korang nak tengok yang full boleh tengok DISINI.

Tengoklah betapa seriusnya mereka untuk combat permasalahan ni bukan sekadar dengan satu langkah menaikkan harga gula sahaja tapi perancangan yang begitu teliti daripada nak prevent dapat Diabetes ke menjaga pesakit Diabetes ni jangan dapat complications lain ke ibu mengandung ke masyarakat asli hingga lah ke prevention through education and research. Bukan apa, aku tanak bajet yang ada ni disia-siakan macam apa yang dah jadi pada rokok. Alang-alang dah belajar health promo ni. Dalam certain goals perlu SMART

S- Specific
M- Measurable
A- Attainable
R- Relevant
T- Time-bound

Specific? Specific tak bermaksud SATU je plan. spesifik sangat tu. Memang tahap gaban punya.. satu plan je terus bole achieve goal kau kan..

Apa yang aku dapat simpulkan.. Kalau kerajaan nak mansuhkan subsidi gula atas sebab nak kurangkan Diabetes ok fine. Tapi tolong kotakan janji nak kurangkan Diabetes tu secara SERIUS! Yakni, menggunakan duit 1 Bilion setahun yang dikhabarkan untuk membayar subsidi gula kearah intervensi Diabetes. Jalankan program-program dan struktur yang baik untuk pembangunan kesihatan rakyat. Jangan perbodohkan rakyat lagi dengan mengaburi mata mereka kononnya nak kurangkan Diabetes tapi sebaliknya ada niat lain. Apa-apa pun aku berdoa agar pemimpin-pemimpin negara kita diberi hidayah dan petunjuk agak dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan adil dan bijaksana untuk kebaikan agama, masyarakat dan negara Malaysia. Aamin

p/s: Ni maksimum sugar intake bagi yang normal
  • Recommended Daily Sugar Intake for Men: 36 grams or 9 teaspoons  
  • Recommended Daily Sugar Intake for Women: 20 grams or 5 teaspoons  
  • Recommended Daily Sugar Intake for Children: 12 grams or 3 teaspoons  
(American Heart Association)

No comments:

Post a Comment