Friday 18 October 2013

Turun berat badan

Salam
So, semenjak aku ambil course ni. Ramai rakan taulan sedara mara yang tanya aku tentang bagaimana hendak lose weight. Walaupun aku belum grad lagi untuk beri penerangan yang benar-benar tepat since aku mengaku ilmu aku pun tak tinggi mana so bila ditanya begitu aku pun dengan tidak semena-mena menukar topik perbualan haha.. Bukan tanak tolong tapi serius aku tak cukup ilmu dan tak berapa nak ada masa nak terang satu-satu sebab aku rasa korang yang tanya ni pun ntah-ntah saja je nak buat-buat baik tanya aku ke kan.. Anyhow, let's get straight to the point. Camne nak kurus?

AMARAN : Untuk kurus anda perlu benar-benar serius dan komited. If you don't have it then just forget it!

1. Kira berapa keperluan kalori yang anda perlukan sehari. Kalau tak tahu kalori tu apa sila rajinkan diri anda untuk Google ye tenkiu.. Berikut quick method utk identify berapa keperluan kalori korang sehari.



2. Ok dah tahu berapa kalori yang anda perlukan. Now, anggap nilai kalori yang anda kira tadi macam duit simpanan korang. Katakan kira tadi dapat 1800 kcal so anggap lah macam sehari anda dapat gaji RM1800 dan tugas anda adalah utk spend that money 'wisely' without overspending it. Got it? So, part ni anda kena study sikit lah pasal makanan-makanan common di Malaysia dan berapa kalori makanan tersebut. Takyah hafal exact nilai pun takpe asalkan dapat buat anggaran yang hampir tepat dan logik pun dah memadai. So kat sini aku bagi link yang korang boleh cekidaut untuk 'study' pasal nilai kalori dalam makanan Malaysia.



3. Now, aku assume korang dah boleh buat aggaran nilai kalori dalam makanan. Let's go to food choices. Dalam dunia ni banyak makanan yang korang boleh pilih. Tapi kali ni aku nak classifykan kepada dua je. Pertama ialah 'Energy-densed Foods' dan kedua ialah 'Nutrient-densed Foods'. Basically untuk kurus korang kena banyak hamek makanan Nutrient-densed berbanding Energy-densed. Yeeah, you've guessed it. Contoh makanan energy-densed ni adalah majoritinya deep fried food yang membekalkan kalori yang bagak tapi kandungan nutrien yang ciput. Mengapa fried food?? Sebabnya 1g of fat would contribute to 9kcal berbanding 1g of protein and carbo yang membekalkan 4kcal sahaja. Untuk penerangan yang lebih jitu, cuba lihat perbandingan antara dua makanan ni :

klik gambar utk penglihatan yang lebih jelas
Berikut adalah fakta nutrisi bagi dua makanan iaitu burger (energy dense) dan kobis cina (nutrient dense). Kalau korang perhatikan betul-betul, dua-dua 100g dan cuba bandingkan highlight warna merah pada gambar tu. Tengok la kalori aka energy burger tu 100g je dah 200+ kcal berbanding 100g kobis hanya 12 kcal. Nutrient yang tak berapa nak elok seperti Fat, cholesterol, dan garam semua lebih pada burger berbeza dengan nutrient penting seperti Vitamin A, C dan Kalsium yang banyak pada kobis. Ingat konsep duit gaji kita tadi. Nak ke anda belanja RM200 tapi bagi lebih keburukan berbanding kebaikan ataupun belanja hanya RM12 tapi beri lebih kebaikan. Remember! Spend your calories wisely!

4. Sekarang korang dah boleh pilih makanan yang sesuai which is nutrient-densed dan tidak melebih bajet sehari kcal korang. Hey! you've already done 70% of the effort of losing weight. Yup! 70% cara untuk turun berat badan yang berkesan sebenarnya berpunca dari cara pemakanan yang betul. Another 30% is exercise! For those yang kata "Aku dah kurus tak perlu exercise bla..blaa.." No!, you definitely need to exercise! Mainly, sebab nak build muscle stamina. Let's face it, kurus keding tapi tak fit and lembik pun tak guna right? Plus, Rasulullah SAW pun menggalakkan kita untuk bersukan seperti berenang, menunggang kuda dan memanah. Find any kind of exercise that'll suit your lifestyle. Aku sebagai student yang busy (lah konon) dan jenis tak minat jogging yang bosan tu aku akan do this circuit setiap petang. Kalau paling malas pun satu round la. Circuit ni focus on abs and legs (sesuai bagi mereka yang buncit dan peha besar). Dan kalau ada masa aku akan main futsal (walaupun tak hebat) dan berbasikal.



5. Sabar, istiqamah (konsisten) dan banyak berdoa. Niatkan kita buat semua ni semata-mata kerana nak sihat so that boleh beribadah kepadaNya dengan lebih mudah dan tenang. Oh ya, cheating day dibolehkan.. Note 'day' bukan 'days'!

Sekian saja personal guidance yang aku mampu beri buat masa ni, maaf jika tak membantu sangat. Untuk nak tahu lebih lanjut boleh rujuk kat Registered Dietitian yang berdekatan dan bayar kat dia. Do support us! haha

No comments:

Post a Comment