Tuesday 12 November 2013

Minyak apa yang sesuai untuk kaedah masakan yang berbeza?

Salam.
Mungkin ada yang pernah dengar bahawa certain-certain minyak terutamanya minyak sihat seperti minyak zaitun which is Monounsaturated Fat (MUFA) tidak sesuai untuk menggoreng kerana rantai komponen minyak yang tak terisi tu mungkin akan teroksida menyebabkan ia berkemungkinan bertukar kepada trans-fat? Namun, sejauh manakah kebenarannya? Bagaimana dengan minyak jenis lain? Jom baca sampai habis untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Stir-frying



Yang boleh : Safflower, Canola, Sesame oil (yang organik! bukan Genetically modified)
Reason : Kesemua minyak ni mempunyai smoke point yang tinggi, bukan senang-senang dia nak rosak

Yang dilarang : Minyak zaitun
Reason : Smoke point minyak ni tak mampu menahan kaedah stir-frying yang guna api tinggi (jenis masak yang pasang api besar-besar tu)

Sauteing


Yang boleh : Minyak zaitun
Reason : Kaedah ini hanya menggunakan suhu yang sederhana sahaja

Yang dilarang : Minyak flaxseed dan wheat germ
Reason : Minyak-minyak yang lutsinar ini biasanya akan terurai bila terkena suhu

Sos dan dressings


Yang boleh : Minyak zaitun dan avokado
Reason : Ianya dapat memberikan rasa dan feel mentega jika dimakan mentah

Yang dilarang : Minyak canola, safflower
Reason : Walaupun ianya selamat, tapi rasa semulajadi minyak-minyak ini akan memberi efek kepada rasa makanan anda

Membakar


Yang boleh : Minyak kelapa, canola, safflower
Reason : Kesemua minyak ini selamat digunakan pada suhu membakar. Minyak kelapa juga mampu memberi 'nutty flavor' disebalik produk anda.

Yang dilarang : Minyak flaxseed dan wheat germ.
Reason : Minyak ini sangat tidak stabil dan senang terurai jika terkena panas

Panggang 


Yang boleh : Minyak canola dan safflower
Reason : Mampu menahan suhu arang yang sangat tinggi

Yang dilarang : Minyak zaitun
Reason : Tidak mampu menahan suhu yang tinggi

Menggoreng


Yang boleh : Minyak kacang tanah (peanut), safflower, kacang soya (organik)
Reason : Tinggi smoke point yang menjadikan makanan rangup dan tidak menyerap banyak minyak ketika menggoreng

Yang dilarang : Minyak zaitun
Reason : Smoke point terlalu rendah untuk cara masakan ini

So, harapnya dapat membantu lah bagi pengguna-pengguna agar dapat kita menggunakan minyak masak yang sesuai dengan kaedah masakan kita. Bukan saja lebih sihat malah ada yang mampu menambahkan lagi rasa pada makanan yang disediakan. 

No comments:

Post a Comment