Tuesday, 22 October 2013

Makanan yang baik untuk otak anda!

Salam,

Sebagai seorang student yang banyak mende nak kena belajar and hafal. Tentu anda memerlukan otak yang cerdas dan sihat bukan? In fact sebagai seorang manusia, mesti nak otak yang sihat. Bagaimanapun pepatah arab ada menyebut. Al-aqlu salim fi jism salim. Akal yang sihat datang dari badan yang sihat. Untuk mencapai badan yang sihat kena jaga makan dan exercise lah of course. So jom tengok list makanan yang baik untuk otak :



1. Whole grains
Makanan ni ramai yang tak suka sebab katanya macam mengunyah rumput la, jadi kuda la, lembu la sebab keras dan susah nak makan. So they opt for refined grains yang colour putih tu. Tahukah anda sebab keras dan susah nak makan tu la menyebabkan ianya elok sebab mainly whole grains ni complex carbo. And dia akan releasekan glucose secara slow and steady. As you know our brain's food is glucose. Bila slow and steady otak kita pun akan dapat bekalan makanan yang mencukupi. Pernah dengan budak hyper sebab makan gula? Tu sebab otak dia dah terlebih makanan secara tiba-tiba since simple sugar release glucose much faster.

2. Ikan
One of the reason kenapa fav dish aku ialah Fish and Chips haha walaupun tak sihat deep fried bagai tapi kalau gi restoran most of the time akan order makanan ni sebabnya murah dan satu-satunya masa untuk aku makan ikan yang a bit pricey kalau kat supermarket. Kalau kat rumah memang tak masak la ikan-ikan cenggini. Sebab agak mahal adalah kerana kandungan Omega-3 yang tinggi mampu mengurangkan risiko penyakit Alzheimer ataupun nyanyuk. Antara ikan tersebut ialah salmon, halibut, tilapia, dory dan banyak lagi. For the full list : Omega-3 Levels in Fish and Seafoods

3. Tomato
Dalam tomato ni ada sejenis nutrien yang dipanggil Lycopene lagi-lagi dekat bahagian kulit dia tu sebab dari nutrient ni la warna tomato tu terhasil. Ianya mampu mengurangkan keterlupaan anda (dementia)

4. Biji labu
Biji labu ini bagus untuk snacking dikala study sebab ianya mengandungi banyak kandungan zink. Zink mampu meningkatkan thinking skills dan memori otak!


5. Brokoli
Brokoli mempunyai banyak kandungan Vitamin K, dan ianya mampu meningkatkan cognitive function yakni fungsi otak korang memproses maklumat seperti fokus, bahasa, memori, pandangan, penyelesaian masalah dan cara berfikir. Oh ya seeloknya brokoli ini hanya di steam kan je supaya kandungan nutrien dia yang sangat vulnerable ni tidak hilang semasa proses memasak.

6. Kekacang
Sama macam biji labu tadi, kacang-kacang seperti badam, gajus, walnut dan pistachio mempunyai kandungan Vitamin E yang tinggi juga memastikan cognitive function anda berfungsi dengan baik terutamanya buat warga emas.

Sumber : http://b.beautydiethealth.com/best-foods-for-your-brain

Kalau pasal kebaikan kismis tu tak berapa sure sebab jarang ada kajian pasal ni. Tapi menurut Dr.MAZA hadis berkenaan kismis tu adalah tidak sahih. Walaubagaimanapun, kismis mempunyai kandungan gula yang tinggi mampu memberi tindakan seperti energy bar and regain your fokus bila otak dah takde makanan. Vitamin K pun ada dalam kismis ni. Dan ia juga mempunyai Vitamin C dan mampu bertindak sebagai antioksida!

p/s: Disamping itu aku ade terbaca artikel yang menyatakan bahawa BERPUASA juga boleh menyihatkan otak kita! Boleh baca secara lanjut kalau berminat. Jargon alert!

No comments:

Post a Comment