Saturday 23 November 2013

Menu 1500 Kalori

Salam,
Mungkin korang dah penah kira cara untuk tahu keperluan kalori korang melalui post aku yang lepas
http://budakdiet.blogspot.com/2013/10/turun-berat-badan.html

Jadi kat sini aku nak bagi contoh la menu planning untuk keperluan sekitar 1500 kcal sehari. In Sha Allah jika berkesempatan aku akan share menu untuk keperluan kalori yang lain pulak. Seperti yang korang tahu calorie counting ni sebenarnya sangat penting bagi mengelakkan kita amek kalori yang berlebihan dari apa yang badan kita perlukan. Yang mana kalori terlebih ni akan bertukar menjadi lemak dan terkumpul dalam badan kita. Jadi kita tak mahu perkara ni berlaku so apa patut kita buat kalau jenis tak rajin bersenam dan nak maintain body weight? Makan ikut keperluan!



MASA
MENU
KUANTITI (1500KCAL)
Sarapan pagi
7.30 - 8.30 pagi
Roti wholemeal/Idli/Putu mayam

@Bihun/Mee/Kueyteow/Macaroni/Nasi

@Thosai

@Oats

+ Kopi/teh + Susu rendah lemak (tanpa gula)

+Telur rebus/ikan/ayam

+Sayur
2 keping

1 cawan

1 keping

6 sudu makan penuh

2 sudu makan penuh


1 biji/ 1ketul (40g)

½ cawan
Minum pagi
10.00 - 10.30 pagi
Biskut krim kraker

@Roti wholemeal

+Susu rendah lemak
3 keping

1 keping

1 gelas
Makan tengahari
12.30 – 1.30 petang
Nasi/Capati

+Ikan/Ayam (Bakar,kukus,panggang)

+Sayur (Stir-fry, rebus)

+Buah (epal/pear/lai/belimbing/kiwi/betik/
tembikai/nenas)

+Air kosong
1 cawan/1 keping

1 ekor ikan/1 ketul ayam

1 – 1 ½ cawan

1 biji sederhana




Minum petang
3.30 – 4.00 petang
Biskut krim kraker

+Kopi/teh + susu rendah lemak (tanpa gula)

@ Jagung rebus

@Ubi kayu/keledek (rebus)
3 keping

1 cawan


1 tongkol kecil

½ cawan
Makan malam
6.30 – 7.30 petang
Nasi/Capati

+Ikan/Ayam (Bakar, kukus, panggang)

+Sayur (stir-fry,rebus)

+Buah

+Air kosong
1 cawan/1 keping

1 ekor/1 ketul

1 – 1 ½ cawan

1 biji sederhana
Minum malam
10.00 malam
Susu rendah lemak/skim

+Biskut krim kraker/roti wholemeal
2 sudu makan penuh

3 keping/1 keping
Jumlah minyak yang dibenarkan

3 sudu makan penuh (30g)


Ha apa? Macam tak sedap jee? Keh3, biasa la bro.. mungkin ada hikmah Maha Pencipta tu buat makanan yang sihat tu kurang menyelerakan bagi mengawal nafsu makan kita yang buas ni. Yang mana kita tahu punca kebanyakan penyakit datang dari perut yakni banyak sangat makan. Islam sendiri pon mengajar kita supaya bersederhana dalam makan ni. Buktinya suruhan Allah untuk berpuasa dan hadis berikut : 

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
مَا مَلأَ ابْنُ آدَمَ وِعَاءً شَرًّا مِنْ بَطْنٍ

“Tidak ada tempat yang diisi oleh anak keturunan Adam yang lebih buruk dari perutnya.” (Hadis Riwayat Ahmad, no. 17186. at-Tirmidzi, no. 2380. Dinilai sahih oleh at-Tirmidzi)


Sambungan hadis dalam riwayat at-Tirmidzi:
بِحَسْبِ ابْنِ آدَمَ أُكُلَاتٌ يُقِمْنَ صُلْبَهُ، فَإِنْ كَانَ لَا مَحَالَةَ فَثُلُثٌ لِطَعَامِهِ وَثُلُثٌ لِشَرَابِهِ وَثُلُثٌ لِنَفَسِهِ

“Cukuplah bagi anak keturunan Adam agar makan sekadar untuk menegakkan tulang sulbinya (tulang punggung). Melainkan jika ia tidak dapat mengelak, maka isilah 1/3 untuk makanannya, 1/3 untuk minumannya, dan 1/3 untuk nafasnya.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, no. 2380. Dinilai sahih oleh at-Tirmidzi)

3 comments:

  1. izin nyimak, infonya semoga kita gunakan sebijak mungkin dan insyaAlloh bermanfaat

    Trims
    Rifey^^

    ReplyDelete
  2. izin copy semoga berkat terima kasih bang

    ReplyDelete