Wednesday 16 October 2013

Cegah Sebelum Kena

Salam, rasa belum terlambat untuk aku ucapkan Salam Eid ul Adha bagi seluruh umat Islam di pelosok dunia yang faham Bahasa Malaysia ni la. Maaf zahir batin. First, aku memang biasa bahasakan diri aku, 'aku' sebab... entah dah biasa.. Kalau aku nak saya/awak atau akak/abang macam jadi awkward.. Last-last aku blur tak tahu nak cakap apa. Dan pada aku level of respect shouldn't be judged solely on panggilan semata. Ok dah membebel.


So, harini aku nak bicara tentang langkah-langkah pencegahan dari penyakit-penyakit bawaan yang mungkin terdapat dalam makanan kita. Umum mengetahui tentang kes hitam yang meragut 4 nyawa di Yan, Kedah kerana makan makanan yang mengandungi virus Salmonella sp. Marilah kita sedekahkan al-Fatihah kepada mangsa yang terlibat.



Umum juga mengetahui, budaya masyarakat Melayu di Malaysia sering buat jamuan-jamuan atau kenduri-kendara semasa musim perayaan ini. Jadi langkah proaktif haruslah diambil bagi mengelakkan virus-virus ini terus menyebak terutamanya jika ia berada di dalam makanan kita! Alhamdulillah tak sia-sia aku belajar Microbiology semasa sem 3 haritu. Walaupun tak dapat A tapi tau la sikit pasal virus-virus, benda-benda kecik yang hidup di dunia kita ni. *Bukak google cari info*



Without further adue, I present to you this boring and old video (but could be life saving!)



So basically pada sesiapa yang kurang faham bahasa omputeh ni.. Aku try simplifykan lah ye. Dia cakap ada 4 easy steps untuk produce makanan yang selamat.

1. Clean (Bersih)
2. Separate (Asingkan)
3. Cook (Masak)
4. Chill (Sejukbeku)

1. Pastikan tangan dan barang yang digunakan untuk memasak bersih dan telah dibersihkan dengan sabun.

2. Asingkan makanan yang mentah seperti daging dengan sayuran atau bijirin untuk prevent cross-contamination. You see, kebanyakan virus ni datang dari sumber daging ni termasuklah telur! So, jangan nak enjoy makan telur leleh-leleh tu sangat ye! Kalau boleh pisau dan cutting board bagi daging ni juga diasingkan.

3. Pastikan juga makanan yang anda masak tu dimasak dengan sempurna bagi memastikan virus yang berada di dalam makanan anda betul-betul dah mati. Bagi yang tak biasa dengan Fahrenheit dan malas nak guna application converter dalam SmartPhone (ok gurau) tu boleh cekidaut kat sini.
Recommended Safe Cooking Temperatures

4. Sejukkan makanan yang lebih-lebih tu juga berasingan antara daging dan sayuran. Susun ikut porsi yang kecil bagi mempercepatkan proses penyejukan. Makanan yang telah disimpan dalam fridge juga seeloknya perlu consume semula dalam masa 2 hari! Orang kita 2-3 minggu pon selamba panaskan balik.

Tambahan info yang ada dalam video tadi yang agak penting bagi aku iaitu proses 'thawing' atau dalam Bahasa Malaysianya nyahbeku yang betul. Sepatutnya benda frozen kita nyahbeku dalam fridge juga sehari sebelum kita decide nak masak. Dan cuci daging tu bawah air paip yang mengalir. Ini tak.. yang biasa kita tengok di Malaysia. Mak call suruh anak keluarkan ayam letak kat sinki sebab balik dari kerja dia nak masak. Ingat! virus akan lebih mudah merebak berkali-kali ganda di suhu bilik. Eeee~~

Papehal sebelum makan jangan lupa baca doa :)

No comments:

Post a Comment