Tuesday 5 November 2013

Powerfoods

Salam,
Harini nak kongsi sikit dengan pembaca semua makanan-makanan yang mempunyai super power. Bukan lah maksud dia boleh terbang atau meningkatkan duit poket korang tapi memberi banyak manfaat sekiranya korang membaham makanan yang memang superb ni disebabkan kandungan nutrien yang pelbagai dalam satu makanan.

Sayuran



1. Lada benggala mempunyai nutrien seperti Vitamin B1, B2, B6, Folat, Vitamin C dan serat
2. Bok choy mengandungi Vitamin B6, C, K, Calcium dan serat
3. Brokoli mengandungi Vitamin B6, C, E, K, Folat, dan serat
4. Lobak merah mengandungi Vitamin A, C, Serat dan carotenoids
5. Bawang putih, bawang merah mengandungi phytochemicals dan serat (tapi kalau nak gi masjid jgn makan)
6. Sayuran hijau lain seperti sawi dan kangkung mengandungi Vitamin A, B2, B6, C, E, Folat, Calcium, Copper, Magnesium, Potassium, Zink, serat (banyak gila aih aku nak nulis pun mengah)
7. Tomato ada Vitamin A, C, E, Potassium dan serat

Carotenoids yang kebanyakan terdapat di dalam tumbuhan berwarna kuning dan oren membantu dalam mencegah pertumbuhan kanser dan penyakit jantung serta menyihatkan mata terutamanya bagi yang rabun malam.

Protein



1. Tuna mengandungi Vitamin B12, D, protein, niacin, selenium, omega 3
2. Salmon mengandungi Vitamin B6, B12, D, phosphorus, potassium, selenium
3. Badam, walnut, peanut butter asli mengandungi Vitamin E, protein, serat, niacis, magnesium dan phosphorus

Umum tahu Omega 3 merupakan salah satu lemak yang sihat datang dari ikan, bijirin dan kekacang, Ianya mampu untuk merendahkan kadar Triglyceride, mengurangkan pembekuan darah dan degupan jantung yang tidak stabil (arrythmia). Ia juga mengurangkan risiko sakit jantung dan meningkatkan sistem imun dalam badan.

Buah-buahan



1. Epal mengandungi Vitamin C, serat dan flavonoids
2. Aprikot mengandungi Vitamin A, C, E, K dan serat
3. Pisang mengandungi Vitamin B6, C, magnesium, potassium dan serat
4. Oren mengandungi Vitamin A, B6, C, folat, potassium dan serat
5. Betik mengandugi Vitamin A, C, E, folat, calcium, magnesium dan potassium

Flavonoid merupakan salah satu phytochemicals yang terdapat dalam buah dan sayur. Ia juga berfungsi sebagai antioksida

Soya



1. Susu soya mengandungi Vitamin B1, B12, D, protein, niacin, folate, calcium, copper, iron, magnesium, manganese, potassium dan zinc
2. Tauhu dan tempeh mengandungi vitamin B1, protein, niacin, folat, calcium, copper, iron, magnesium, manganese, potassium dan zinc

Phytoestrogen yang terdapat dalam produk soya membantu dalam mencegah kanser yang berkaitan dengan estrogen seperti kanser payudara. Estrogen dari tumbuhan ini sebenarnya 1000 kali lebih lemah dari estrogen yang dihasilkan oleh manusia. Jadi kaum Adam jangan risau pasal kejantanan anda. Protein absorption soya tinggi kot.. sesuai untuk yang tak mampu nak beli whey protein heheh

Bijirin



1. Barli mengandungi Vitamin A, B2, Protein, serat, niacin, copper, iron, magnesium, manganese, selenium, dan zinc
2. Beras perang mengandungi Vitamin B1, B6, serat, niacin, magnesium, manganese, selenium dan zinc
3. Oat mengandungi serat larut (boleh menyerap kolesterol berlebihan dalam badan), magnesium, manganese, potassium dan zinc.

Sumber : http://my.clevelandclinic.org/heart/prevention/nutrition/35powerfoods.aspx

No comments:

Post a Comment