Saturday 2 November 2013

Kempen Baru!

Salam hujung minggu,
Firstly, mintak maaf la lama tak update sebab agak busy sikit. Baru habis program dengan persatuan dan minggu lepas baru start clinical attachment.


Sekadar gambar hiasan. Bukan kad kahwin aku

Pernah tak hujung minggu korang dipenuhi dengan jemputan kenduri saudara mara or rakan? Kadang-kadang satu hari tu sampai 3-4 jemputan. Memang tak dinafikan budaya orang kita memang selalu buat kenduri dan kalau tak diajak or tak datang tu kira sentap lah konon. Tahukah anda bahawa masalah ni sebenarnya berpunca dari sebuah kenduri tu terlalu banyak jemputan?

Aku bagi contoh la, satu kenduri ajak sampai 500 orang so kalau semua family ajak 500 orang kebarangkalian untuk overlap jemputan tu makin besar. Jadi aku nak lancarkan kempen kurangkan jemputan dan kempen jangan nak sentap sangat haha (ok tah pape kempen aku ni). Kalau nak ajak ramai jugak aku ingat better jemput anak-anak yatim yang probably jarang makan special-special gini. Banyak benefitnya, sedekah orang yang kurang mampu makan, tak membazir, dan menyihatkan orang (yela sebab sehari satu jemputan je dapat) walaupun mungkin secara indirectly tapi itulah hakikatnya.

Kita perlu check balik keperluan kenduri tu sendiri misalnya kenduri kahwin. Tujuan asal Islam suruh buat begitu bagi menguar-uarkan kepada keluarga supaya tidak timbulnya fitnah selepas kahwin. Kalau kita tengok situasi sekarang 500 jemputan tu majoriti nya rakan taulan parents pengantin. Eh kenduri kahwin sapa sebenarnya ni? Ya, aku tak salahkan mereka 100% lagi-lagi kalau duit katering tu depa yang bayar. Tapi jika difikirkan secara logik nya. Kawan-kawan parents yang diajak kenal ke anak yang nak kahwin tu?Probably kalau dia jumpa pengantin ni kat luar tak menimbulkan fitnah pun kot sebab tak kenal. Jadi, pendapat aku seeloknya jemputan yang sederhana consist of keluarga, saudara-mara dan rakan pengantin yang dekat pun dah memadai sebab mereka-mereka inilah yang mungkin akan mengata sekiranya melihat si pengantin ni dok dating sana-sini walhal mereka dah jadi suami isteri. Lagipun Islam itu kan mementingkan kesederhanaan dan ianya lebih berkat In Sha Allah kerana tidak membazir :)

Untuk kempen jangan nak sentap sangat pulak haa tengok tajuk pun paham sendiri la. Mende baru memang orang ramai susah nak ikut dan buat. Dah terbiasa orang panggil, bila tak dapat jemputan sentap! Kuatkan sikit hati tu, jangan biarkan hal-hal kecik macam ni mengganggu gugat kehidupan dan motivasi kita untuk terus bangkit dan meneruskan kehidupan. Lagipun kalau jemputan kahwin ni kan macam dah wajib pergi kalau dah jemput tu. So, serba salah jugak kalau tak dapat pergi tu. Jadi bagi aku baik kurangkan jemputan terus.

Sori ye kalau kempen macam tak logik tapi bagi aku ianya wajar dipertimbangkan nak-nak ditengah krisis ekonomi sekarang ni dan krisis obesiti di Malaysia yang makin meningkat maka apa alasannya lagi untuk kita tidak bertindak dengan kadar segera? Wah ayat aku!

No comments:

Post a Comment