Wednesday, 29 October 2014

Wordless Wednesday #8


p/s: Pheww, setelah hampir setahun menyepi..

Sumber: Astro Awani

Saturday, 23 November 2013

Menu 1500 Kalori

Salam,
Mungkin korang dah penah kira cara untuk tahu keperluan kalori korang melalui post aku yang lepas
http://budakdiet.blogspot.com/2013/10/turun-berat-badan.html

Jadi kat sini aku nak bagi contoh la menu planning untuk keperluan sekitar 1500 kcal sehari. In Sha Allah jika berkesempatan aku akan share menu untuk keperluan kalori yang lain pulak. Seperti yang korang tahu calorie counting ni sebenarnya sangat penting bagi mengelakkan kita amek kalori yang berlebihan dari apa yang badan kita perlukan. Yang mana kalori terlebih ni akan bertukar menjadi lemak dan terkumpul dalam badan kita. Jadi kita tak mahu perkara ni berlaku so apa patut kita buat kalau jenis tak rajin bersenam dan nak maintain body weight? Makan ikut keperluan!



MASA
MENU
KUANTITI (1500KCAL)
Sarapan pagi
7.30 - 8.30 pagi
Roti wholemeal/Idli/Putu mayam

@Bihun/Mee/Kueyteow/Macaroni/Nasi

@Thosai

@Oats

+ Kopi/teh + Susu rendah lemak (tanpa gula)

+Telur rebus/ikan/ayam

+Sayur
2 keping

1 cawan

1 keping

6 sudu makan penuh

2 sudu makan penuh


1 biji/ 1ketul (40g)

½ cawan
Minum pagi
10.00 - 10.30 pagi
Biskut krim kraker

@Roti wholemeal

+Susu rendah lemak
3 keping

1 keping

1 gelas
Makan tengahari
12.30 – 1.30 petang
Nasi/Capati

+Ikan/Ayam (Bakar,kukus,panggang)

+Sayur (Stir-fry, rebus)

+Buah (epal/pear/lai/belimbing/kiwi/betik/
tembikai/nenas)

+Air kosong
1 cawan/1 keping

1 ekor ikan/1 ketul ayam

1 – 1 ½ cawan

1 biji sederhana




Minum petang
3.30 – 4.00 petang
Biskut krim kraker

+Kopi/teh + susu rendah lemak (tanpa gula)

@ Jagung rebus

@Ubi kayu/keledek (rebus)
3 keping

1 cawan


1 tongkol kecil

½ cawan
Makan malam
6.30 – 7.30 petang
Nasi/Capati

+Ikan/Ayam (Bakar, kukus, panggang)

+Sayur (stir-fry,rebus)

+Buah

+Air kosong
1 cawan/1 keping

1 ekor/1 ketul

1 – 1 ½ cawan

1 biji sederhana
Minum malam
10.00 malam
Susu rendah lemak/skim

+Biskut krim kraker/roti wholemeal
2 sudu makan penuh

3 keping/1 keping
Jumlah minyak yang dibenarkan

3 sudu makan penuh (30g)


Ha apa? Macam tak sedap jee? Keh3, biasa la bro.. mungkin ada hikmah Maha Pencipta tu buat makanan yang sihat tu kurang menyelerakan bagi mengawal nafsu makan kita yang buas ni. Yang mana kita tahu punca kebanyakan penyakit datang dari perut yakni banyak sangat makan. Islam sendiri pon mengajar kita supaya bersederhana dalam makan ni. Buktinya suruhan Allah untuk berpuasa dan hadis berikut : 

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
مَا مَلأَ ابْنُ آدَمَ وِعَاءً شَرًّا مِنْ بَطْنٍ

“Tidak ada tempat yang diisi oleh anak keturunan Adam yang lebih buruk dari perutnya.” (Hadis Riwayat Ahmad, no. 17186. at-Tirmidzi, no. 2380. Dinilai sahih oleh at-Tirmidzi)


Sambungan hadis dalam riwayat at-Tirmidzi:
بِحَسْبِ ابْنِ آدَمَ أُكُلَاتٌ يُقِمْنَ صُلْبَهُ، فَإِنْ كَانَ لَا مَحَالَةَ فَثُلُثٌ لِطَعَامِهِ وَثُلُثٌ لِشَرَابِهِ وَثُلُثٌ لِنَفَسِهِ

“Cukuplah bagi anak keturunan Adam agar makan sekadar untuk menegakkan tulang sulbinya (tulang punggung). Melainkan jika ia tidak dapat mengelak, maka isilah 1/3 untuk makanannya, 1/3 untuk minumannya, dan 1/3 untuk nafasnya.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, no. 2380. Dinilai sahih oleh at-Tirmidzi)

Tuesday, 19 November 2013

Wordless Wednesday #7


5 Kesilapan Sewaktu Hendak Menurunkan Berat Badan

Salam,
Mungkin ada di antara pembaca blog ini sedang dalam proses untuk menurunkan berat badan bagi mencapai BMI yang diidamkan. Mungkin juga anda telah mengamalkan beberapa cara dan kaedah untuk anda capai target anda itu. Disini aku nak berkongsi sikit laa.. kesilapan common orang yang nak kurus ni.



1. Tidak mempunyai pelan diet
Pelan diet atau pemakanan adalah sangat penting. Sesetengah orang hanya fokus pada senaman tanpa menghiraukan cara pemakanan dia. Sebaiknya, untuk permulaan target anda adalah penurunan sebanyak 5-10% berat dalam masa 6 bulan. Tidak perlu tergesa-gesa. Fokus dan makan mengikut keperluan kalori anda sehari. Biasanya untuk orang yang lebih berat badan BMI 24.9>, cara untuk mengira keperluan kalori anda ialah 20-25 x berat badan anda sekarang.

2. Pengambilan serat yang berlebihan
Ramai yang ingat ambik fiber ni cepat kenyang thus preventing from makan banyak. Ya, memang betul fakta tu. Tapi ramai juga yang lupa pengambilan fiber yang banyak perlu seiring dengan pengambilan air yang mencukupi. Kalau tak sembelit lah kau jah!

3. Fat free
Kajian di UK mendapati produk-produk yang berlabel 'Fat-free' atau 'Low Calorie' hakikatnya mengandungi banyak kandungan gula tiruan dan bahan awet yang amat membahayakan. Seeloknya periksa label di makanan anda supaya takde benda-benda ni.

4. Senaman cardio yang berlebihan
Jenis senaman ini tidak dinafikan membakar banyak kalori. Namun badan anda akan berada di dalam keadaan stress dan ianya hanya mendatangkan bahaya jika dilakukan secara kerap. Solusi nya? boleh buat tapi kejap-kejap je la.

5. Cheating day
Berbalik kepada point no. 1. Anda sepatutnya ada diet plan kan. Cheating day bermaksud anda boleh lari dari diet plan menu anda tu. Gotta stick with your calorie needs. Bukan bermakna boleh makan sesuka hati dan mensia-siakan usaha anda selama seminggu tu!

sumber : http://positivemed.com/2013/10/08/5-mistakes-people-make-trying-lose-weight/

Tuesday, 12 November 2013

Minyak apa yang sesuai untuk kaedah masakan yang berbeza?

Salam.
Mungkin ada yang pernah dengar bahawa certain-certain minyak terutamanya minyak sihat seperti minyak zaitun which is Monounsaturated Fat (MUFA) tidak sesuai untuk menggoreng kerana rantai komponen minyak yang tak terisi tu mungkin akan teroksida menyebabkan ia berkemungkinan bertukar kepada trans-fat? Namun, sejauh manakah kebenarannya? Bagaimana dengan minyak jenis lain? Jom baca sampai habis untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Stir-frying



Yang boleh : Safflower, Canola, Sesame oil (yang organik! bukan Genetically modified)
Reason : Kesemua minyak ni mempunyai smoke point yang tinggi, bukan senang-senang dia nak rosak

Yang dilarang : Minyak zaitun
Reason : Smoke point minyak ni tak mampu menahan kaedah stir-frying yang guna api tinggi (jenis masak yang pasang api besar-besar tu)

Sauteing


Yang boleh : Minyak zaitun
Reason : Kaedah ini hanya menggunakan suhu yang sederhana sahaja

Yang dilarang : Minyak flaxseed dan wheat germ
Reason : Minyak-minyak yang lutsinar ini biasanya akan terurai bila terkena suhu

Sos dan dressings


Yang boleh : Minyak zaitun dan avokado
Reason : Ianya dapat memberikan rasa dan feel mentega jika dimakan mentah

Yang dilarang : Minyak canola, safflower
Reason : Walaupun ianya selamat, tapi rasa semulajadi minyak-minyak ini akan memberi efek kepada rasa makanan anda

Membakar


Yang boleh : Minyak kelapa, canola, safflower
Reason : Kesemua minyak ini selamat digunakan pada suhu membakar. Minyak kelapa juga mampu memberi 'nutty flavor' disebalik produk anda.

Yang dilarang : Minyak flaxseed dan wheat germ.
Reason : Minyak ini sangat tidak stabil dan senang terurai jika terkena panas

Panggang 


Yang boleh : Minyak canola dan safflower
Reason : Mampu menahan suhu arang yang sangat tinggi

Yang dilarang : Minyak zaitun
Reason : Tidak mampu menahan suhu yang tinggi

Menggoreng


Yang boleh : Minyak kacang tanah (peanut), safflower, kacang soya (organik)
Reason : Tinggi smoke point yang menjadikan makanan rangup dan tidak menyerap banyak minyak ketika menggoreng

Yang dilarang : Minyak zaitun
Reason : Smoke point terlalu rendah untuk cara masakan ini

So, harapnya dapat membantu lah bagi pengguna-pengguna agar dapat kita menggunakan minyak masak yang sesuai dengan kaedah masakan kita. Bukan saja lebih sihat malah ada yang mampu menambahkan lagi rasa pada makanan yang disediakan.